Apa yang kami buat
Tiga perkhidmatan, dirancang mengikut pusingan ladang.

Semburan
Serangan ulat bungkus dan ulat api, kawalan rumpai di laluan, dan racun kulat jika label membenarkan. Racun mesti berdaftar dengan LRMP dan disyorkan untuk UAS, menurut senarai muatan Jabatan Pertanian.
Taburan baja
Baja butiran di teres, gambut dan blok yang tidak boleh dimasuki lori pada musim hujan. Kami buat kalibrasi pada jalur ujian untuk setiap produk baharu.
Pemetaan dan bantuan bancian
Peta resolusi tinggi membantu penyelia mencari ruang kosong, pokok tertekan dan masalah saliran.